Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tidak satupun media arus perdana di Malaysia yang menyiarkan nasib kanak-kanak Syiah dalam insiden penangkapan pengikut mazhab Syiah di Perak pada hari Jumaat lalu. Beberapa gambar menyayat hati yang tersebar dalam internet menunjukkan kanak-kanak, termasuk bayi yang baru lahir terpaksa tidur dalam penjara.Antaranya ialah kanak-kanak yang berusia berusia sekitar 3 tahun tidur di atas lantai penjara dengan beralaskan kain. Dalam insiden pada hari Jumaat lalu, lebih 100 orang pengikut mazhab Syiah dilaporkan ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) ketika menyambut ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab (a.s).

13 Mac 2014 - 20:30
News ID: 513695
Berita kezaliman terhadap Syiah ditutup dengan isu kehilangan pesawat.